September 6, 2008 by kirull
Giler ah.. Aku antara org yg awl2 n dpt invitation utk rasa frenster blog 2.0 sebelum official launch nanti..
Komen aku, smart… Sbb dia guna Wordpress platform.. So, best ah!
Ok ah.. cc dah nak tutup.. Blah dlu.. ;p
Posted in [Monolog] | No Comments »
September 5, 2008 by kirull
Sekarang ni aku rasa sedih sangat. Tepat pukul 9.49 malam tadi, masa Ida ngan bdk2 lain datang rumah aku nak amek laptop Nisa, aku dapat sms dari Ijat. Ijat kata, Black dah mati. Aku pun call Ijat. Ijat kata, dia dengan mak jumpa Black kat seberang jalan depan rumah.
“Tak ada luka kalau nak kata dia mati sebab accident. Masa kitorang jumpa dia, tengok2 dia dah mati dah…”, Ijat cakap kat aku dalam fon tadi.
Kalau siapa yang selalu ikut blog ni, mesti tau betapa aku sayangkan haiwan peliharaan, terutamanya kucing. Dan betapa aku sayang kan si Black. Black ni generasi ketiga dari seekor kucing liar, Winnie, yang aku bela tahun 2005. Winnie lahirkan Tam, mak Black… Lepas tu, hujung tahun lepas Tam bunting. Awal tahun ni, Black lahir. Bulan ni genap umur dia 8 bulan. Black dah mati, tamatlah generasi Winnie yang bertahan selama 3 generasi, 3 tahun.
Aku rasa ayah aku pun mesti akan rindu kat Black lepas ni. Sebab bila ayah aku balik dari main badminton tengah-tengah malam, Black akan siap2 tunggu atas meja makan kat luar, sebab nak tunggu ayah aku angkat dia. Aku pun kadang-kadang kalau tengah tidur, si Black akan datang, lepas tu dia jilat2 telinga atau gigit2 rambut suruh bangun… Adoi! Rindunya… Huhu..
Jiran sebelah rumah aku pun mesti akan rindu dia. Jiran aku [Cik Jan], panggil dia Bolink / Bowling / Boling [aku pun tak tau eja dia mcm mana, tapi bunyinya macam tu lah...]. Pagi2 selalu bila Cik Jan nak hantar anak dia pergi sekolah, mesti si Black @ Boling pergi masuk rumah dia, pastu masuk lompat dalam kereta, ikut sekali.
Apa-apa pun Black dah tak ada. Dia lah kucing paling bagus pernah aku ada…..
—–
Cerita ke-2… 16 Ogos hari tu, coursemate aku, Nawi buat kenduri kahwin dia… Kenduri buat dekat rumah dia kat Seksyen 20. Buat saing dengan kakak dia sekali katanya. Jadi, kat bawah ni gambar2 sekitar majlis…

Posted in [Fotolog] | Tagged black, haiwan peliharaan, kucing, law, pet, uitm | No Comments »
September 3, 2008 by kirull
Beberapa minggu lepas, elok je lepas isu UiTM jadi hangat [isu pembukaan 10% kepada bukan Bumiputera ye... bukan isu Puteri-yang-memalukan-UiTM tu....], beberapa papan iklan gergasi [billboard] yang ada sekitar UiTM dah ditukar isinya. Dulu, billboard2 tu tunjuk gambar UiTM dengan kecemerlangan2 UiTM. Tapi, sekarang dah tukar dengan isi baru yang boleh membuat semua pelajar terkesan.
Masa awal-awal billboard ni ditukar, adalah aku ngan member2 aku nampak 2-3 orang luar yang tangkap gambar billboard ni. Ada yang tangkap dari Persiaran Institut kat luar kampus dan ada gak yang masuk dan dengan relaksnya tangkap gambar billboard2 ni.
Billboard ni sesuai dengan seruan sahabat aku, Apun macam yang dia karang dalam blog dia… “Dari sibuk berarak, saya fikir, MPP dan admin UiTM perlu mengajar erti BUMIPUTRA ke dalam jiwa pelajarnya.”…

Di pintu masuk 1 kampus…

Di Centre for Islamic Thoughts and Understanding [CITU / Pusat Islam]

Berhampiran pintu masuk 1 kampus…
Posted in [Fotolog] | Tagged isu semasa, pembukaan uitm, politik, uitm | No Comments »
September 1, 2008 by kirull
Dah lama nak tulis entri dalam blog ni tapi tak pernah sempat2 lagi. Atas ni aktiviti aku masa cuti mid term hari tu. Aku sekarang ni dah jadi hantu P2P. Hehe.. Tengokla berapa banyak filem aku download. Pastu kat bawah tu yang orang2 lain upload.
Hari ni dah mula puasa. Jadi, kepada semua Muslimin Muslimat, Salam Ramadhan. Aku kat rumah ni. Aku balik hari Sabtu hari tu. Hehe… In dah balik Jengka petang tadi. Aku ngan Adik Ati tak balik lagi.
Tadi masa lalu kat tepi Bazar Alam Megah, fuh, jem giler. Tak pernah2 jem macam tu kat Alam Megah. Mau tak jem. Bazar kat Alam Megah tu Bazar kedua terbesar kat Shah Alam lepas Bazar stadium… Huhu…
Okla.. nak bebuka dah. Nak blah dari ofis.. Chow dulu..!
Posted in [Monolog] | Tagged isu semasa, p2p, ramadhan | No Comments »
August 24, 2008 by kirull
Hari ni hari last cuti. Sekejap lg aku dah nak balik rumah sewa. Sekarang ni kat rumah makcik aku lagi. Kat KL. Cuti ni aku tak buat apa-apa pun. Cuti yang paling membuang masa sekali. Huhu… Bawak balik buku berlambak, tapi tak bukak pun. Jangankan bukak, sentuh pun idak. Haha.. ;p
Dah lah kredit pun tak ada. Sori la kat semua yang mesej aku. Aku tak dapat reply mesej2 tu sebab duit ngak ada untuk top up. Huhu… Jadi, aku mintak maaf kat my besfren Akmal, kat Rem, dan yang paling penting, kat ”teman hati” aku. Huhu.. Kesian kat dia. Sori ye? Hehehe… Rindu lak..Hee…
Cuti ni aku cuma download filem je. Filem Wall-E, The Strangers, Spongebob the Movie, 21, Meet Dave, Ayat-Ayat Cinta… Dengan filem apa-lagi ntah…hehe.. Studi malas… (^_^). Pastu malam semalam aku DIPAKSA pergi kenduri kawen kawan ayah ngan mak aku kat Dewan Bankuet MBSA. Gilerlah. First time pegi kenduri orang kaya. Haha.. Ada Datin Rosnani Jamil. Pastu protokolnya, pegh… Bermcm2 adat kena buat dulu, baru boleh makan. Huhu.. Lepas pegi kenduri, teman ayah aku pergi Majlis Bertemu Keluarga Baitul Islah Shah Alam, anjuran PERKID Shah Alam. Tengah malam baru balik rumah. Letih2… ;p
Okla.. kitorang dah nak balik ni. Dah pukul 7 dah pun. Huhu… Semoga tutorial criminal sempat siap malam ni. Kalau tidak, mampos esok. Huhu…
Posted in [Monolog] | Tagged cuti, mid term, semester break, uitm | No Comments »